muka depan berita kursus yang ditawarkan borang-borang pendaftran alamat perhubungan
TENTANG KAMI
STAFF

Muka Utama

Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu adalah sebuah pusat pendidikan yang berorientasikan pengajian Al Quran dan fardu ain. Pada masa ini PUPAQSI beroperasi di 17 A Jalan Pinang E 18/E, Seksyen 18,Shah Alam, Selangor. Cawangan PUPAQSI ialah di Taman Melati Utama yang beroperasi pada 1 Julai 2005. Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu beroperasi secara sah dengan mengikut lunas-lunas undang-undang di mana ia telah didaftarkan di JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) dengan no. pendaftaran (SPS/PRP/08/7 (SEM)-161) serta SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dengan no. pendaftaran (SA00048666-W). PUPAQSI sudah pun beroperasi hampir 5 tahun dengan mengkhususkan kepada pengajaran Al Quran secara one to one system (individu) bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak. Secara khususnya matlamat penubuhan PUPAQSI adalah untuk membasmi buta Al Quran di kalangan masyarakat Islam setempat khasnya dan umat Islam lain amnya. Manakala objektif penubuhannya secara umum adalah untuk melahirkan masyrakat Islam yang berilmu tentang fardhu ain dan kifayah.

Sehingga kini PUPAQSI mempunyai penuntut berjumlah 80 orang yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya. Selain itu PUPAQSI juga menganjurkan Kursus-kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam pada setiap hujung minggu. Apa yang menarik kursus-kursus yang ditawarkan ini akan dianugerahkan sijil serta dipersahkan oleh guru yang mengajar. Kursus-kursus yang ditawarkan ini adalah bersifat AKADEMIK, FORMAL DAN BERSISTEMATIK serta mengikut sistem semester:

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Kepada agensi swasta/ sekolah/ masjid/ NGO/ badan-badan kebajikan/ agensi-agensi kerajaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat PUPAQSI DALAM SEGALA program anjurannya sila hubungi segera untuk perbincangan lanjut. Khidmat kami merangkumi seluruh negara

Klik di sini untuk melihat senarai pelanggan kami.

Webmail

1) KEM SEHARI SMART SOLAT PADA 29 JUN, 6 JULAI, 27 JULAI DAN 3 OGOS 2008.

2) KEM SEHARI BELAJAR BESTARI PADA 29 JUN, 6 JULAI, 27 JULAI DAN 3 OGOS 2008.

*YURAN RM40 TERMASUK MAKAN/MODUL/KURSUS INTENSIF BERTEMPAT DI IBU PEJABAT PUPAQSI.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SETIAP SESSI.

 

3) PROMOSI SEWAAN RUANG DEWAN PUPAQSI UNTUK BENGKEL, KURSUS, SEMINAR &LATIHAN.

*HANYA RM10 SEORANG TERMASUK LECTURE CHAIR, WHITEBOARD, MICROPHONE, MEJA. MAKAN DAN MINUM BOLEH DIATURKAN. (MAKSIMUM 40-45 ORANG SAHAJA. KOS SEWAAN BOLEH DIRUNDING)

 

4) KEM SMART SOLAT & MOTIVASI ANAK SOLEH PADA 16-18 OGOS 2008 (3H, 2M).

5) KEM SMART STUDY & MOTIVASI ANAK SOLEH PADA 16-18 OGOS 2008 (3H, 2M).

BERTEMPAT DI LEMBAH KELANG (AKAN DIMAKLUMKAN)
*aturcara & senarai keperluan di sini

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :

USTAZ ZAID 019-2202327


 

 

Copyright (c) 2005-2006 Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu. Hakcipta Terpelihara.

Last updated - 20 May 2008

mail@pupaqsi.edu.my